Wednesday, 23 January 2013

GEAR 1: ARE YoU READY??Get Set..Go!!

(tahun baru tidak semestinya kita terlepas dari kesalahan)



"Tahun Baru, azam baru, niat pon baru tapi amal....tak start2 lagi..hmm, tak “ready” laa.
 Macam mana ni??"

"Apa yang nak kena buat? Kena menonjol ke?"

"kena jadi orang yang berpengaruh? baru boleh mempengaruhi?"

“suruh orang lain laa, dorang lagi gempak. Pandai, budak “top” pulak tu”

“Eh, aku ni bukannye budak sekolah agama pun. Kenapa tak suruh orang yang pandai AGAMA je?? Budak sekolah agama ke.. mengapa mesti aku?‘ “


(MALU?)

"mempengaruhi atau memimpin?"

seringkali hati ini bermonolog melihat permasalahan yang sama berlaku dalam kehidupan seharian sehainggakan perkara ini menjadi ‘budaya’ dalam masyarakat sekarang, apakah aku kena menjadi pemimpin baru boleh berdakwah? Adakah aku boleh berdakwah hanya dengan menggunakan ‘KUASA’? ’PANGKAT’? Baru aku boleh mengajak ummah ini ke arah yang lebih baik? Ingatlah sahabatku, sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Yang paling penting!! Kita ini adalah pemimpin. Pemimpin kepada diri, keluarga, kawan, masyarakat.Maka hayati pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah( Allahumma solli ‘ala Muhammad)

sabda baginda:
"setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya....."

Maka tidak perlulah kita nak dapat pangkat atau kuasa baru kita nk memimpin orang. Bahkan orang bawahan juga boleh memimpin majikannya, kanak-kanak juga boleh berdakwah kepada orang yang lebih tua seperti Hassan dan Hussin membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh seorang lelaki tua ketika berwudhu’ tetapi perlulah dengan berhikmah.Kita perlu diingatkan sekurang-kurangnnye ilmu itu wajib dituntut barulah ibadah dapat dilaksanakan dengan betul dan pahala dapat diraih tetapi jangan malu!! Ya, malu harus ade dalam diri kita tetapi biarlah kena pada tempatnya. Yang penting, ISTIQAMAH dalam ape jua urusan dakwah kita sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia maha Maha Perkasa, Maha Pengampun." (Al-Mulk, 67:2)

Bagaimana nak menjadikan amalan kita itu terbaik? adakah sekadar khusyuk? Bukan setakat itu tetapi perlaksanaan  ibadah itu perlu konsisten tetapi jangan membuat sesuatu perubahan  terlalu drastik pula^^. Ingat hasil yang ranum telah dipetik kesan daripada semaian dakwah Rasulullah(Allahumma solli 'ala Muhammad) di mana tarbiyyah baginda memakan masa sehingga beratus tahun bagi mencapai Ustiazatul Alam. Bagaimana pula Imam Hassan Al-Banna ketika usia remajanya  membuat pertubuhan rahsia "underground"  menghantar surat-surat  dan risalah-risalah dakwah yang berbentuk teguran dari rumah ke rumah barulah masyarakat sedar akan pentingnya dakwah itu setelah beliau syahid.

Ikhwah Akhawat,
Pada permulaan untuk beramal memang ade riyak. Maka sentiasalah berdoa memohon perlindungan-Nya setiap kali kita beramal.Suka saya petik cogan kata yang dinukilkan oleh sebuah syarikat terkenal NIKE: "JUST DO IT". Ya, "just do it-buat je la(eh)" . Selagi amal perbuatan itu bertepatan dengan kehendak agama maka laksanakanlah,kalau tidak sampai bila-bila masyarakat Islam adalah benar seperti yang digambarkan oleh Syed Qutb:" Aku melihat di barat Islam tanpa muslim tetapi aku melihat di Kaherah muslim tanpa Islam".

Adakah kita ingin menjadi ummah seperti yang digambarkan di atas? Sepertimana seorang kristian membuat perbandingan agama dengan menyatakan bahwa Islam adalah agama yang HIDUP tetapi bersamanya adalah pengikut yang MATI manakala Kristian adalah agama yang MATI  tetapi bersamanya adalah pengikut yang HIDUP.Maka hidup mesti sentiasa berfikir tetapi ditunjangi dengan zikir barulah sahihul ibadah itu tercapai. Sekadar seteguk air buat kita(GULP! HAA..). Maka apa lagi yang kita tunggu? UMMAH memerlukan kita, memanggil kita merubah dunia ke arah kegemilangan Islam!! JOM^^, ~~FASTABIQUL KHAIRAT~~
Wallahu'alam

[ARE YOU READY? GET SET...GO!(^^)]