![]() | |
| AMIBE |
Ya, da’ie amoeba…
begitulah seorang da’ie disifatkan seperti amoeba yang kelihatan lembut serta
bentuknya yang menjijikkan. Maka ingin sekali saya suka kongsikan serba sedikit
tentang protozoa yang “menjijikkan” ini kepada semua…… maka bermulalah
kisah….(shuuuu~~)
KETURUNAN AMOEBA(ok ingat salasilah benda ni…masuk kuiz ye, kuiz kehidupan>.<)
Asal usul amoeba
ini diambil sempena nama Amibe(Greek God Proteus), nama tuhan yang mampu berubah bentuk mengikut
keadaan. Disebabkan itu amoeba digelar “SHAPE SHIFTER”(pengubah bentuk)
Interesting bukan^^?? Secara terperinci
lagi bendalah ini merupakan ciptaan tuhan yang nampak biasa-biasa sahaja,
tetapi struktur badannya yang mempunyai pelbagai fungsi yang unik. Nak tahu
lebih lanjut?? KLIK SINUN>>>MuCus
{ANTARA DA’IE,
DAKWAH, TARBIYYAH DAN AMOEBA??}
(APA YANG AKU
DAPAT??...-__-‘) Baiklah rakan seperjuangan saya sekalian. Kalian harus sedar itulah(amoeba)
mencerminkan realiti masyarakat Islam seperti kita yang bergelar DA’IE( CAPS
LOCK HABISS) di mana agama Islam itu menjadi suatu agama yang asing dalam
kehidupan saya,aku,kau,dia,mereka dan kita. Maka benarlah sebagaimana hadis
Rasulullah(Allahumma solli ‘Ala Muhammad) dalam sabda baginda:
” Islam itu
datang sebagai berdagang dan kembali dalam keadaan berdagang.”
Akan tetapi,
seorang pendakwah perlu mengambil pengajaran daripada ciptaan Ilahi
ini(amoeba). Walaupun lembut macam “jelly”, kita lihat bagaimana makhluk ini
menghampiri sasarannya dengan “step by step”. Di sini kita dapat lihat apakah
method yang sesuai kita lakukan sepertimana amoeba ini boleh buat:
1)Amoeba:
| Mai Singgah^^ |
Da’ie:
Adalah perlu
untuk kita menyesuaikan diri dengan persekitaran serta kita bergantung pada langkah kita menghampiri
mereka. Bermula dengan siapa kita berkawan, bagaimana keadaan di tempat kita
berada tetapi jangan sesekali kita terpengaruh dengan kawan yang kurang “sweet”
akhlaknya. Kawan boleh, ikut?? NONONO.
2) Amoeba:
Bermulanya “enclosed”(mendekati).
sasarannye dilitupi apabila betul-betul berhampiran. Bukan secara drastic macam
makanan segere tetapi betertib(cewwaahh). Cuba tengok betul-betul gambar
ataupun video bagaimana “benda” ini lakukan^^.
Maka permulaan
yang baik untuk “engulf” kawan atau rakan atau sahabat kita ini adalah dengan
mengenali mereka, memahami mereka atau “LISTEN TO THEM”. Ya, mendengar segala
kisah mereka kerana secara fitrahnya manusia ini ingin sekalai untuk didengari.
So, LISTEN!! Hehehe.
3) Amoeba( huh penat
type benda yang sama-_-‘…kuatkan HATI!!):
“Digest”(mencerna),
itulah langkah seterusnya yang dilakukan. Biar tiada satu habuk pun yang
tertinggal. Mencerna “makanannya” dengan enzyme yang wujud dalam badannya agar
tidak terlepas segala nutrisi yang ada.
Da’ie:
Ha apa lagi,
“digest” la sasaran anda!! Tetapi!! Gunakan enzyme yang ade dalam tubuh badan
anda yang anda telah peroleh(tarbiyyah,ilmu,amal) barulah dapat basuh sesental
yang boleh^^. Biarlah berhikmah kerana itu amat perlu.
4) Amoeba:
Yeay!! Last
sekali, “secrete”(euww). Jangan geli sangat sebab apa yang dilepaskan hasil
pencernaan tadi amat berguna kepada makhluk yang lain. Begitulah amoeba, sangat
asing tetapi unik>.<.
Dai’e :
Sebagai seorang
pendakwah pula, kita akan merasai hasil tuaian setelah memenuhi langkah-langkah
di atas.Insyallah apa yang kita impikan dan kita laksanakan akan dirasai
bersama-sama masyarakat seperti setitik nila yang mampu merosakkan susu
sebelanga. Jangan jadi nila yang merosakkan susu tersebut tetapi jadilah gula
yang mampu memaniskan susu itu.
Sebagai pesanan
untuk kita renungi, Allah telah befirman:
“Pantaskah aku
mencari hakim selain Allah, padahal Dialah yang menurunkan kitab(Al-Qur’an)
kepadamu secara terperinci? Orang-orang yang telah Kami berikan kitab
mengetahui bahawa (Al-Qur’an) itu diturunkan oleh Tuhanmu dengan benar. Maka
janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu”
(Al-An'am,6:114).
(Al-An'am,6:114).
Kesimpulannya
seorang da’ie jangan berasa ragu-ragu dengan apa yang disampaikan. Dan
sebaik-baik penyelesaian adalah dengan merujuk kepada Al-Qur’an itu sendiri serta penyampaiannya pula perlu berhikmah(kebijaksanaan) kerana hikmah itu lebih tinggi daripada ketinggian ilmu(kalau ilmu tinggi tapi tidak digunakan secara berhikmah maka sia-sia ilmu yang dipelajari).
Bahkan salah seorang daripada Khulafa’ Ar-Rasyideen saidina Umar Al-khattab
sendiri sentiasa merujuk semula kepada kitab yang diturunkan dan tiada cacat
cela padanya. Bukan baginda sahaja malah sahabat-sahabat yang lain juga
menjadikan ayat Allah ini bukan sekadar rujukan tetapi sebagai pembidas
hujah-hujah yang dileparkan oleh kaum musyrikin.
Dai’e=Amoeba….setuju^^??
Sama-sama tengok diri sendiri, lembut tak... ~FASTABIQUL KHAIRAT~
Wallahua’lam
KUIZ: DARE TO
CHANGE??


