Tuesday, 7 May 2013

GEAR 5: HaRgA SeBuaH SOrGa!!




SWEET :')

 Sampai sahaja di Hospital Ipoh, ramai ahli keluarga  sedang menanti kehadiran mereka. Ada yang sedang membaca Al-quran dan ada juga yang berzikir. Pada hari tersebut penuh dengan rasa sedih dan duka buat Saiful. Dia terpaksa membatalkan hasratanya untuk menyertai sukan pada esok hari walaupun dia ingin untuk bermain bersama rakannnya dalam pertandingan badminton secara berpasangan. Manakan tidak yang dilihat terlantar di atas katilnya itu adalah atuk kesayanganya yang sedang nazak. Lantas dia mendekatinya, merapati bibirnya pada telinga atuknya yang tidak sedarkan diri lalu membisikkan.

"LAA ILAHA ILLALLAH~~"

 Suaranya terketar, hatinya tak keruan.Tak cukup lagi, Saiful teruskan jua sambil mengusap ubun kepala atuknya. Dalam keadaan tak tertahan, penuh kepiluan cuba juga untuk berselindung perasaannya yang hiba itu.

"ALLAH~~"

 Diulangi sebutannya tanpa rasa jemu. Secara tak sedar berderai titisan mutiara di pipinya kerana tidak dapat dibendung betapa beratnya hati melihat orang yang dikasihinya terbaring dengan penuh wayar yang berselirat pada tangan dan badannya. Saiful tahu yang atuknya sudah lama menghidap penyakit strok. Boleh dikira hanya beberapa kali sahaja beliau pengsan sekejap sahaja tetapi tidak lama sebegini.

 Terngiang di kepala Saiful, sewaktu kecil dahulu seringkali dia dimarahi. Mana taknya semua kesalahan itu berpunca daripada dirinya juga, nakal sangat. Kadang-kadang atuknya kerap juga mengusik dia juga, sampai nak nangis pun ada. Hatinya ketawa..

Pilu..


Kerana jasa atuknya, 
Saiful mendapat tarbiyah yang berkesan daripada ayahnya sendiri.
Kerana istiqamahnya dalam beribadah, 
Saiful tertarik untuk mendalami kecantikan ISLAM itu sendiri.
Kerana didikannya, 
semua ahli keluarga berjaya melahirkan orang yang hebat.
Hanya kerana sebuah SYURGA,
 akhlaknya mampu menyentuh hati orang yang bergaul dengannya.

Azan Maghrib hampir berkumandang dan pihak hospital menyatakan bahwa waktu melawat sudah selesai tetapi tidak bagi Saiful, dia ingin berdamping dengan atuk. Dia ingin bersama atuk. Dia sayangkan atuk. Lidahnya terkumat-kamit membacakan surah yang telah dihafaz sambil melihat wajah atuk.

"Tuk, Epul redha dengan pemergian tuk. Betullah tuk, apabila syahidnya orang yang berjuang di jalan Allah ni maka bangkitlah 100 orang yang sama menyambung perjuangannya. Epul tengok ramai sepupu Epul yang berjaya menyandarkan kejayaan mereka untuk akhirat. Ramai huffaz, berproffesion pulak tu lebih-lebih lagi ada yang dapat masuk imam muda. Bangga Epul, hebatlah tuk"

Saiful bermonolog, seringkali dia membahaskan dirinya sebagai Epul di hadapan ahli keluarganya.

Uhuk2!!


"Ashhadu an Laa Ilaa Illallah"

Sedang azan bergema, Saiful melihat pada mesin kardiator yang dipasang menunjukkan kadar denyutan atuk turun mendadak. Hatinya sudah menduga apa yang berlaku namun dirinya cuba mengempang takungan lantas mengelap supaya orang lain tak nampak yang dia sedang menangis. Doktor bersama-sama pembantunya mengerumuni atuk lalu membuat tekanan pada dada atuk.

"SUDAH LE TU DOKTOR!! SAYA REDHA SUAMI SAYA TAKDE!! JANGAN TEKAN LAGI, SAKIT LA DIA!! BIARKAN DAH BERLALU!! YANG DAH MATI MANA BOLEH NAK DIHIDUPKAN SEMULA!!"

Opah cuba ditenangkan, tak sanggup melihat suaminya ditekan-tekan pada dada untuk mengepam jantung.

Saiful tahan. Mukanya ditekap. Cuba ditahan sebaknya setelah melihat neneknya yang teresak memarahi doktor tersebut... Hatinya dihiris, namun cuba digagahi perasaannya kerana dia tahu setiap yang bernyawa pasti akan mati... PASTI...

Maka atuk selamat kembali ke rahmatullah... dimandikan, dikapankan, disolatkan serta dikebumikan jenazahnya dengan selamat. Semua ahli keluarga mengambil alih pengurusan jenazahnya. Saiful juga melibatkan diri hatta membawa jenazah ke liang lahad sekalipun dia bersama sepupunya laksanakan. Di angkat dengan penuh kasih sayang, dengan hati yang sayu secara perlahan-lahan dimasukkan tanah sehingga selesai pengkebumian tersebut.

############################################################################

 Malam itu Saiful mengisi masa lapangnya dengan mentadabbur surah Yusuf seusai sahaja upacara tahlil atuk. Lalu diteliti setiap bacaan dan maknanya...

"Tik..tik...tik"

Hampir basah helaian yang dibacanya, cepat-cepat Saiful menyeka walaupun berkali-kali keluar air mata..

"Tak sangka OSEM nabi Yusuf ni... umur dalam lingkungan 8-12 tahun dah kena campak dalam perigi... dalam anggaran 25 tahun mengikut sebahagian ulama' dia tak bertemu dengan ayahnya Ya'kub... Digoda,difitnah,dipenjara selama baginda hidup hanya mengejar nilainya sebuah SYURGA"

Kagum hatinya akan ketabahan Nabi Yusuf setelah membaca kisah yang terbaik dalam surat cinta Allah.. Seingat Saiful,itulah surat yang sama diberikan oleh Rasulullah sempena tahun kedukaan baginda kehilangan isteri dan bapa saudaranya yang tercinta.. Dikatakan Rasulullah berasa tak berupaya sambil berdiri di tebing bukit... Betapa kosongnya jiwa Rasulullah pada waktu itu akan tetapi Allah mengingatkan bahawa ada lagi yang lebih derita daripada baginda....Lantaran itu, surah ini menjadi pembakar semangat untuk terus berdakwah kepada seluruh tanah arab ketika itu..

Fasobrun Jameel >.<


Saiful tersenyum... Senyum kerana Allah mengajar dirinya Hasil daripada ibrah kisah nabi Yusuf itu..

Nanges...

Terlintas di benak fikirannya akan ayat yang pernah dikupas ahli usrahnya dahulu:

"Maka sungguh, bersama kesulitan ada kemudahan. SUNGGUH, bersama kesulitan ada kemudahan"(Al-Insyirah,94:5-6)

Tersentak..

Saiful tersenyum... Senyum bahagia... 

******************************************************************************

Ya hanya kerana Syurga, seseorang itu diuji sehingga begitu sekali sehinggakan pada satu tahap di mana hanya Allah sahaja dia bergantung. Kerana hebatnya DnT(Dakwah dan Tarbiyah) itu membri kesan kepada generasi seterusnya sepertimana lahirnya Imam Ghazali hasil daripada didikan ayahnya sendiri... Bagaimana juga lahirnya Umar Abdul Aziz hasil daripada firasat Umar Al-Khattab serta tarbiyah beliau... Maka begitulah hasil tuaiannya, bukan sekadar di akhirat, bahkan di dunia Allah dah tunjukkan ganjaran mereka yang tidak pernah jemu berjuang di jalanNya. Benarlah firman Allah:

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang BERSABAR"

Wallahua'lam,

p/s: Setiap ciptaan itu ada nilainya juga harganya
       Berapa harga yang sanggup kita bayar untuk nilainya sebuah FIRDAUSI?
       Mohon doa antum untuk ana dan kita semua ye ^.^


#BaNgUnDeNgaNpEnuHGayA&SeNyUm✌#