Tuesday, 19 February 2013

GEAR 3: RaMuAn TarBiYah, JOM MASAK^^


 Baiklah hari ini, kita akan mula memasak ye... menu kita pada hari ini adalah "UKHUWWAH".. jadi jangan sekadar baca sahaja pak cik mak cik sekalian... take a note and try to do it in your life.. OK kita mulakan ye... BISMILLAH..

Ayuh persiapkan dirimu, pakai apron  bersama topinya ya^^


BAHAN-BAHAN:
1. Secebis rasa ikhlas kerana Allah(secebis pun cukup, lebih lagi bagus)
2. Seceduk ilmu yang bermanfaat.
3. Sekilo hati yang sarat dengan kasih sayang.
4. Sebuku Al-Quran sebagai makanan asas.
5. Sekujur badan manusia yang hidup!!(ketawa jahat)

 CARA-CARANYA(hehehe, ade bran nak masak manusia??)

1. Ikhlaskan hati biarpun sedikit kerana itu akan dikira di akhirat kelak, adilkan ALLAH?? hehehe

2. Panaskan badan manusia dalam kawah, kasi lembut dagingnya.(biar dia terbiasa dengan hubungan yang dibina ini)

3. Gunakan seceduk ilmu tadi untuk mengurangkan "keliatan" daging manusia(cuba semampu yang boleh berkongsi serta mengurangkan beban hidupnya sekadar yang termampu.)

4. Goreng hati yang sarat dengan kasih sayang tadi supaya kita dapat ekstrak kasih sayang itu sebagai "penaik" baunya yakni sayangi  mereka kerana itu merupakan senjata kuasa yang mampu mengubah dunia!! kerana kita boleh menyayangi tanpa memimpin tetapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi. So, because of Allah I love you^^(BERDENTUM!!). Trust me, you can feel the POWWER of LOVE..hehehe

5.  Final touch, hidangan dah siap jadi hiasinya dengan potongan ayat Al-Quran tadi agar kecantikan makanan itu teserlah.Maksudnya sentiasa merujuk kepada sebuku Al-Quran itu sebagai penyelesai masalah setiap masalah yang kita hadapi kerana majoriti daripada kitab itu lebih kepada cerita dan sirah dahulu. Memang menarik, tertarik dan terbaik... HaIbaT!!

Alat-alat istimewa saya^^ ...ANDA??

Jadi nak memasak ni ade langkah keselamatannye juga, kadang kala kita terkena minyak panas, api terlalu kuat menyebabkan "masakan"(tarbiyah) hangus, seperti guna sudip yang pendek sehinggakan melecur tangan ,biar terlalu lama sehinggakan hitam masakan tu tetapi yakinlah seorang tukang masak(pendakwah) yang terkenal dahulunya adalah seorang yang gagal. Mengapa? kerana dari kegagalan itulah dia perbaiki dan terus perbaiki skills yang ade serta menambah  baik ramuan yang sedia ada.

Maka yang paling penting dalam tarbiyah ini adalah menajamkan skills yang ade dengan solat. Firman-Nya dalam Al-Isra',(17:78-81)


"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah salat tahajjud  padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
                                    
"Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku","

"Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"."


Inilah rahsia kejayaan seorang chef(pendakwah) yang mahir... Hanya dengan SOLAT!! Ya, dengan skill(solat) yang ada ini, seorang yang gagal pasti dan PASTI berjaya sekiranya dia bersabar dan berterusan dalam melaksanakannya.
Bersungguhlah di dalam solat, kerana itu yang  terBAIK!!

Jangan difikirkan halangan dalam dakwah kerana itu yang melambatkan kita dalam medan dakwah ini. Apa lagi? pergi masak cepat-cepat... jangan berasap dapur sudah^^..


saya dah siap...hehehe, nak rasa??


Wallahua'lam

(Sniff Sniff)...  DO YOU SMELL WHAT THE ROCK IS COOKING?? EH??  Dah hangit dah tu oii!!