![]() |
| Uhuk3!! |
Salam RAMADHAN!! walaupun akan berakhir, rasanya masih belum terlewat buat mereka yang ingin berubah. Moga bertambah iman dan amal kita. (Okay, feeling awkward sbb dh lama x "hug&date" mendalah ni. Jangan telan saya sekiranya saya salah :p )
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi bersama, mungkin seringkali kita mendengar melalui kuliah agama/tazkirah/ceramah atau lain-lain tetapi penting untuk kita sentiasa beringat serta saling mengingati even perkara ini menjadi kebiasaan di bibir kita.
TAQWA..
Benar, taqwa... matlamat bagi semua muslim dan selalu dikaitkan dengan ramadhan Al-mubarak ini. Dari umat terdahulu purba kala sampailah umat sekarang moden berkala-kala. Itulah target yang perlu kita ambil tahu serta ambil kira dalam hidup kita.
WAIT!! ape maksudnya?? hmm
Well, banyak benda yang boleh kita huraikan sebenarnye walaupon x muncul skema jawapan dalam buku teks sekalipun.. :3
![]() |
| Moga Allah redha :') |
Saya juga pernah menanyakan soalan yang sama kepada ayah. Kata abah: "Taqwa ni bererti kamu TAKUT... Takut melakukan kesalahan disebabkan sedarnya kamu akan Allah" . Nah, maybe this is the best answer I could get :p ...
Okay, so apa kepentingannya??
Yeszz, ini yang saya nak kongsikan bersama kalian. Saya dapat mengutip mutiara ilmu daripada ikhwah yang saya sayangi dengan panggilan ayahanda(nama majenyew..kekeke). ada beberapa kepentingan yang patut kamu sedar betapa bernilainya taqwa ni. Bismillah..
AHAMMIATU TAQWA:
1. Qualification buat kita untuk beramal dengan Al-Quran:
-di mana Allah menyebutkan bahawa Al-quran ini merupakan "HUDA" atau "HIDAYAH" bagi mereka yang bertaqwa. Which means that orang yang bertaqwa sahaja boleh handle kitab yang menjadi guider dalam kehidupan kita. Tanpa taqwa, bacaan atau hafazan kita sekadar berbuih di mulut sahaja tetapi xde kesan buat hati kita.
2. Bekalan:
-Yup, bekalan buat semua orang. Bagi golongan tua, taqwa adalah bekalan utk "kehidupan" selepas kematiannya manakala bagi golongan muda pula taqwa ini adalah bekalan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. (Erm, x bermakna orang muda mati lambat dan org tua mati cepat. Yang PASTI, mati itu PASTI)
3. Pengukur martabat:
-Of course laa you kena tahu, makin TINGGI taqwa makin TINGGI darjatnya tau..pfft
4. Menentukan TRANSIT "Barzakh":
-Nak kubur macam hotel?? atau macam hostel??
Check ur TAQWA first <3 .. *gulp
5. Menentukan "rumah" kita di syurga >.< :
- erm.. hokay... tingkatkan taqwa la mcm ni.. baru lawa rumah yang bakal didiami nanti.. hihihi
6. Menentukan status "elit" kita:
- Take a note, ganjaran yang paaaaling best tak terhingga adalah apabila para ahli syurga ini dapat melihat "wajah" Allah di syurga. Dan Taqwa ini menentukan kita samada elit di sisi Allah dan mempunyai unlimited direct acces buat kita. Mudah kata, seperti orang biasa yang bersahabat dengan mereka yang kaya dan berjawatan tinggi, sudah tentu mudah bagi mereka untuk berjumpa sesuka hati tanpa ditapis.
Sebab taqwa, Allah turunkan latihan ramadhan buat kita.. Kalau diikutkan, ramadhan ini memang sesuatu penderaan.. Semuanya NO!! nak makan?? NO!! Nak minum?? NO!! Suami isteri nak bercampur di siang hari?? NO!! NO NO NO NO!! Fuh, memang betul-betul "torcher".Manakan tidak, KEINGINAN itu adalah faktor yang sentiasa motivate diri kita. kalau takde keinginan, kita tidak akan jadi seperti sekarang. Ya Hawa' itu penting tetapi perlu dijinakkan ibarat kita mendidik anak kecil, adakalanya kita perlu melayannya dan ada juga kita perlu bertegas sampai hati kita bergetar apabila mendengar, melihat atau menyebut namaNya. Maka ingatlah!! Allah ada bagi "hadiah" bagi mereka yang betul2 patuh dan menginginkan hadiah tersebut. Dalam hadiah tu, ALL YOUR WISHES I GRANT.. Allahu~~
Okkkkk.. Dalam ramadhan ini, mudah-mudahan kita mendapat pengertian taqwa melalui amal ibadah sempena berbakinya bulan mulia ini.. Just to remind for YOU: "Dua doa yang diterima oleh Allah tanpa hijab. Iaitulah doa orang yang dizalimi dan doa seseorang untuk saudaranya tanpa diketahui saudaranya itu"
So, ape tunggu lagi?? EHEM2 :p
#FaStAbIqUl KhAiRaT#
![]() |
| Fill untill Full <3 |
Quiz: what is your wish if you'll be given a night that grant all yours? Mintalah yang baik2 dan bermanfaat ^.^ serta doakanlah saudara kita yang sedang bergelut dalam peperangan antara Haq dan Bathil. Moga yang Haq diberi kepada yang berhak dan yang bathil diatasi. Moga hati ini tsabat dalam ISLAM <3



