Pernah suatu ketika, saya belajar dengan seorang ustaz. Seorang yang berasal dari Indonesia, berpengalaman belajar di Gontor selama 6 tahun. Kemudian dia menyambung untuk mengajar di sana selama 2 tahun oleh kerana sistem di sana mengambil pelajar yang cemerlang untuk berkhidmat di sana selama setahun sahaja. Apa yang menghairankan saya apabila dia mengambil peluang untuk mengajar tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Sebelum ini dia pernah berpengalaman menjadi guru besar di beberapa buah sekolah bertahun lamanya, terlibat dalam bidang politik, menjadi duta Indonesia dengan negara arab sehinggakan beliau pernah bergesek bahu dengan kematian apabila terlibat dalam kancah politik.
![]() |
| kredits |
Tidak perlu diceritakan tentang peribadinya, apa yang menariknya di sini beliau masih lagi aktif membuat program dakwah walaupun kos yang diperuntukkan untuk melaksanakan sesuatu program itu melebihi sehinggakan saya sendiri menjadi risau adakah program ini bergerak. Apabila hal ini disuarakan kepadanya, maka dengan tenangnya dia menjawab.
"Enta kena fikir, dakwah itu lagi penting daripada keuntungan yang kita ambil"
"Tapikan ustaz, yuran yang dikenakan sedikit tetapi perbelanjaannya terlalu besar. Adakalanya kita perlu fikir keperluan kita juga."
"Kamu harus sedar dalam dakwah, memang kita kena bekorban. Kadang-kadang pengorbanan yang kita buat itu terlalu besar sampai tahap kita merasakan apa yang kita buat ini tidak berbaloi. Tidak memberi kesan kepada kita.."
Rasa terpukul tetapi hati tetap tak boleh terima.
![]() |
| nothing impossible ;) |
Teringat seorang kata-kata sahabat:.
"Akhi, berapa kali kita disajikan dengan kisah-kisah kemenangan Nabi? Berapa banyak kejayaan yang nabi telah buat?? Kisah Fathul Makkah, Perang Badar, Perang Khandaq, Perjanjian Hudaibiyah.. Berapa banyak kisah yang sering diperdengarkan kepada kita? semua itu menjadi pembakar semangat buat semua da'ie untuk berjaya dan berjaya..."
Sahabat itu tertunduk.... Kemudian dia meneruskan kata-katanya...Berkaca-kaca pandangannya.
"Tapikan akhi... nabi sebenarnya telah banyak kali gagal... GAGAL akhi!! Berapa banyak yang kita tahu tentang kisah kegagalan baginda... Semua itu dahsyat akhi..kena halau, kematian dua orang tercinta, peristiwa di Thaif, kekalahan dalam perang Uhud.. Itu semua perit akhi..Periitt sangat"
ZUUP!!~~ sangat tajam~ T.T
Pengorbanan itu perlu kerana nak masuk syurga sangat mahal, nak bayar nikmat Allah berikan di dunia ini pun masih lagi tidak mencukupi dengan ibadat yang ekstrem. Benar, Allah tidak pandang rupa paras, harta, pangkat atau kuasa melainkan dengan Dia memandang HATI kalian. Ya, hati yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya itu yang perlu kita usahakan.
Namun manisnya dakwah ini apabila kita menggerakkannya dalam satu "gerabak"-keretapi yang sarat dengan da'ie2 yang diimpikan ummah. Di saat itulah kita akan merasakan manisnya dakwah walaupun kita sering terjatuh ;') . Saya pernah mengalami rasa jatuh bertimpa-timpa sehinggakan diri ini mula merasakan kekosongan. Ibarat tin yang menghasilkan bunyi yang kuat tapi kosong(ok, hari ini kita blaja analogi baru ya murid2. pfft k stop). Selalu ditegur kapten kapal tapi saya tetap mengulangi benda yang sama. Sehinggakan hati ini selalu memikirkan benda yang negatif pada diri. Di saat resah gelisah itu, hatiku bertukar menjadi riang,terharu,nak nanges, nak peluk, nak kesat hingus pon ade bila ayat ini masuk ke "dalam kotak" telefonku.
"bukannya marah.. Cuma ana rindukan kelibat antum dalam dakwah"
"dakwah is soo sweet, like a sweets"~ bole dapat kencing manis akibat terlalu manis :3..
![]() |
| SmoiLe :3 |
P/s: satu je rahsia nak gitau kat ko ni... ye ko laa yang tengah bace ni..
"Nak tahu ape rahsia untuk kekalkan senyuman dalam berdakwah? :3"
dekat laa sini nak bisik ni..
"S.Y.U.K.U.R <3 "
ﺣﺴﺒﻨﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻧﻌﻢ الوكيل
“Hasbunallahu wa ni`mal Wakil"
Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).” آل عمران : Surah Al ‘Imran (3:173)
♥☆Allah♡★ :')



