Monday, 25 May 2015

Re-Type

Hye!!

     I really miss to type again. Again saya memohon maaf mungkin dah lama yang teramat sangat2 tidak meng"update" entri ini atas sebab yang pelbagai. tapi itu semua hanya alasan sahaja, dan kelemahan saya. kerana dakwah itu tidak perlukan kita taapi kita yang perlu berdakwah. seems legit bukan? yup!! kerana islam tidak menunggu kita untuk berdakwah walaupun kita disuruh untuk menyampaikan agama yang rahmat ini. sekiranya kita tidak menjalankan dakwah ini maka percayalah, ade lagi seribu atau berjuta lagi yang sedang menyambung tugas ini.

     Mungkin kali ini saya suka berkongsi cerita tentang rasulullah yang baru sekarang nak hingat bila ade sambutan sajo...(headshot direct to me actually). tapi sedikit sebanyak memberi kesan sebenarnye mungkin kepada kamu semua di mana pentingnya kita akan jasa baginda kepada kita. bukan sekadar maulid baginda sahaja, bahkan seluuuuruh kehidupannya yang mesti kita ketahui.



"susahnye nak igt selalu"


"Ape je nak kena igt pon, nanti aku terlupa pastu bar ingat balik."


  Its easy akh, kita hanya perlu tiru cara kehidupan baginda mungkin dari segi cara makan, cara tido, cara melayan orang ataupon cara bedakwah!! ;)


  lagi2 baginda seringkali berdoa dalam ape jua keadaan mahudpun perbuatan yang di lakukan. itu juga salah satu cara untuk kita release rindu kita kat baginda. dia kekasih kita, dia selalu ingat kita, dia selalu mendoakan kita dan dia juga rindukan kita!! :`) ... itu yang paling sweet tentang dia.. bahkan baginda juga meninggalkan sunnahnya dan al-quran yang merupakan lampu suluh kehidupan kita. itulah memori yang paling indah baginda wariskan kepada kita..


   jadi!! its ur decision to make bagamaina nak mengingati baginda. Ingat, bukan sekadar ingat sahaja, faham,amal dan hayati~~ thats the best bro..


  Sebenarnye sudah lama saya tertangguh untuk post yang lain. ingin sahaja kita menyalahkan kesibukan kita menyebabkan terhentinya dakwah ini sehinggakan kita lupa ianya akibat daripada kekurangan kita sendiri. Hassan al-banna juga berpesan "Kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang kita ada." Ya, memang banyak kewajipan yang kita tanggung maka atas sebab itulah hargai masa yang ada. Manfaatkan peluang dan ruang yang muncul dan InsyaAllah, Allah memudahkan jalan kita. insyaAllah saya berkongsi sedikit sebanyak untuk kita renungi diri khususnya untuk saya sendiri. Wallahu a’lam.



   Saudaraku, doakan saudara kita yang sekarang ini ditimpa ujian yang sangat berat di Rohingya, doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita yang lain di Negara-negara yang mengalami krisis yang sangat getir. Moga Islam itu tertegak dengan teguhnya di muka bumi ini.

~FasTabiQul KhaIrAt ;) ~

Saturday, 11 January 2014

GEAR 7: SweEt LikE A SweEt :3



 Pernah suatu ketika, saya belajar dengan seorang ustaz. Seorang yang berasal dari Indonesia, berpengalaman belajar di Gontor selama 6 tahun. Kemudian dia menyambung untuk mengajar di sana selama 2 tahun oleh kerana sistem di sana mengambil pelajar yang cemerlang untuk berkhidmat di sana selama setahun sahaja. Apa yang menghairankan saya apabila dia mengambil peluang untuk mengajar tanpa mengenakan sebarang bayaran.

 Sebelum ini dia pernah berpengalaman menjadi guru besar di beberapa buah sekolah bertahun lamanya, terlibat dalam bidang politik, menjadi duta Indonesia dengan negara arab sehinggakan beliau pernah bergesek bahu dengan kematian apabila terlibat dalam kancah politik.
kredits


Tidak perlu diceritakan tentang peribadinya, apa yang menariknya di sini beliau masih lagi aktif membuat program dakwah walaupun kos yang diperuntukkan untuk melaksanakan sesuatu program itu melebihi sehinggakan saya sendiri menjadi risau adakah program ini bergerak. Apabila hal ini disuarakan kepadanya, maka dengan tenangnya dia menjawab.

"Enta kena fikir, dakwah itu lagi penting daripada keuntungan yang kita ambil"

"Tapikan ustaz, yuran yang dikenakan sedikit tetapi perbelanjaannya terlalu besar. Adakalanya kita perlu fikir keperluan kita juga."

"Kamu harus sedar dalam dakwah, memang kita kena bekorban. Kadang-kadang pengorbanan yang kita buat itu terlalu besar sampai tahap kita merasakan apa yang kita buat ini tidak berbaloi. Tidak memberi kesan kepada kita.."

Rasa terpukul tetapi hati tetap tak boleh terima.
nothing impossible ;)

Teringat seorang kata-kata sahabat:.

"Akhi, berapa kali kita disajikan dengan kisah-kisah kemenangan Nabi? Berapa banyak kejayaan yang nabi telah buat?? Kisah Fathul Makkah, Perang Badar, Perang Khandaq, Perjanjian Hudaibiyah.. Berapa banyak kisah yang sering diperdengarkan kepada kita? semua itu menjadi pembakar semangat buat semua da'ie untuk berjaya dan berjaya..."

Sahabat itu tertunduk.... Kemudian dia meneruskan kata-katanya...Berkaca-kaca pandangannya.

"Tapikan akhi... nabi sebenarnya telah banyak kali gagal... GAGAL akhi!! Berapa banyak yang kita tahu tentang kisah kegagalan baginda... Semua itu dahsyat akhi..kena halau, kematian dua orang tercinta, peristiwa di Thaif, kekalahan dalam perang Uhud.. Itu semua perit akhi..Periitt sangat"

ZUUP!!~~ sangat tajam~ T.T

 Pengorbanan itu perlu kerana nak masuk syurga sangat mahal, nak bayar nikmat Allah berikan di dunia ini pun masih lagi tidak mencukupi dengan ibadat yang ekstrem. Benar, Allah tidak pandang rupa paras, harta, pangkat atau kuasa melainkan dengan Dia memandang HATI kalian. Ya, hati yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya itu yang perlu kita usahakan.

  Namun manisnya dakwah ini apabila kita menggerakkannya dalam satu "gerabak"-keretapi yang sarat dengan da'ie2 yang diimpikan ummah. Di saat itulah kita akan merasakan manisnya dakwah walaupun kita sering terjatuh ;') . Saya pernah mengalami rasa jatuh bertimpa-timpa sehinggakan diri ini mula merasakan kekosongan. Ibarat tin yang menghasilkan bunyi yang kuat tapi kosong(ok, hari ini kita blaja analogi baru ya murid2. pfft k stop). Selalu ditegur kapten kapal tapi saya tetap mengulangi benda yang sama. Sehinggakan hati ini selalu memikirkan benda yang negatif pada diri. Di saat resah gelisah itu, hatiku bertukar menjadi riang,terharu,nak nanges, nak peluk, nak kesat hingus pon ade bila ayat ini masuk ke "dalam kotak" telefonku.

"bukannya marah.. Cuma ana rindukan kelibat antum dalam dakwah"

"dakwah is soo sweet, like a sweets"~ bole dapat kencing manis akibat terlalu manis :3..

SmoiLe :3

  
 P/s: satu je rahsia nak gitau kat ko ni... ye ko laa yang tengah bace ni..

"Nak tahu ape rahsia untuk kekalkan senyuman dalam berdakwah? :3"

dekat laa sini nak bisik ni..

"S.Y.U.K.U.R <3 "

 ﺣﺴﺒﻨﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻧﻌﻢ الوكيل

“Hasbunallahu wa ni`mal Wakil" 

Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).” آل عمران : Surah Al ‘Imran (3:173)

♥☆Allah♡★ :')








Thursday, 1 August 2013

GEAR 6: NaK TicKet "TaQwA" , SeMuanYa "No"!!


Uhuk3!!

  Salam RAMADHAN!! walaupun akan berakhir, rasanya  masih belum terlewat buat mereka yang ingin berubah. Moga bertambah iman dan amal kita. (Okay, feeling awkward sbb dh lama x "hug&date" mendalah ni. Jangan telan saya sekiranya saya salah :p )


 Baiklah kali ini saya ingin berkongsi bersama, mungkin seringkali kita mendengar melalui kuliah agama/tazkirah/ceramah atau lain-lain tetapi penting untuk kita sentiasa beringat serta saling mengingati even perkara ini menjadi kebiasaan di bibir kita.

TAQWA..

 Benar, taqwa... matlamat bagi semua muslim dan selalu dikaitkan dengan ramadhan Al-mubarak ini. Dari umat terdahulu purba kala sampailah umat sekarang moden berkala-kala. Itulah target yang perlu kita ambil tahu serta ambil kira dalam hidup kita.

WAIT!! ape maksudnya?? hmm

  Well, banyak benda yang boleh kita huraikan sebenarnye walaupon x muncul skema jawapan dalam buku teks sekalipun.. :3

Moga Allah redha :')

   Salah seorang sahabat nabi s.a.w pernah ditanya apakah yang dimaksudkan dengan taqwa? Maka inilah jawapan yang diberikan: "Taqwa itu ibarat sebuah jalan yang penuh duri dan kaca. ketika mana kau melalui jalan itu dengan penuh berhati-hati agar tidak terpijaknya, maka itulah taqwa"

  Saya juga pernah menanyakan soalan yang sama kepada ayah. Kata abah: "Taqwa ni bererti kamu TAKUT... Takut melakukan kesalahan disebabkan sedarnya kamu akan Allah" . Nah, maybe this is the best answer I could get :p ...

 Okay, so apa kepentingannya??

  Yeszz, ini yang saya nak kongsikan bersama kalian. Saya dapat mengutip mutiara ilmu daripada ikhwah yang saya sayangi dengan panggilan ayahanda(nama majenyew..kekeke). ada beberapa kepentingan yang patut kamu sedar betapa bernilainya taqwa ni. Bismillah..

AHAMMIATU TAQWA:

1. Qualification buat kita untuk beramal dengan Al-Quran:
-di mana Allah menyebutkan bahawa Al-quran ini merupakan "HUDA" atau "HIDAYAH" bagi mereka yang bertaqwa. Which means that orang yang bertaqwa sahaja boleh handle kitab yang menjadi guider dalam kehidupan kita. Tanpa taqwa, bacaan atau hafazan kita sekadar berbuih di mulut sahaja tetapi xde kesan buat hati kita.

2. Bekalan:
-Yup, bekalan buat semua orang. Bagi golongan tua, taqwa adalah bekalan utk "kehidupan" selepas kematiannya manakala bagi golongan muda pula taqwa ini adalah bekalan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. (Erm, x bermakna orang muda mati lambat dan org tua mati cepat. Yang PASTI, mati itu PASTI)

3. Pengukur martabat:
-Of course laa you kena tahu, makin TINGGI taqwa makin TINGGI darjatnya tau..pfft

4. Menentukan TRANSIT "Barzakh":
-Nak kubur macam hotel?? atau macam hostel??
Check ur TAQWA first <3 .. *gulp

5. Menentukan "rumah" kita di syurga >.< :
- erm.. hokay... tingkatkan taqwa la mcm ni.. baru lawa rumah yang bakal didiami nanti.. hihihi



6. Menentukan status "elit" kita:
- Take a note, ganjaran yang paaaaling best tak terhingga adalah apabila para ahli syurga ini dapat melihat "wajah" Allah di syurga. Dan Taqwa ini menentukan kita samada elit di sisi Allah dan mempunyai unlimited direct acces buat kita. Mudah kata, seperti orang biasa yang bersahabat dengan mereka yang kaya dan berjawatan tinggi, sudah tentu mudah bagi mereka untuk berjumpa sesuka hati tanpa ditapis.


Sebab taqwa, Allah turunkan latihan ramadhan buat kita.. Kalau diikutkan, ramadhan ini memang sesuatu penderaan.. Semuanya NO!! nak makan?? NO!! Nak minum?? NO!! Suami isteri nak bercampur di siang hari?? NO!! NO NO NO NO!! Fuh, memang betul-betul "torcher".Manakan tidak, KEINGINAN itu adalah faktor yang sentiasa motivate diri kita. kalau takde keinginan, kita tidak akan jadi seperti sekarang. Ya Hawa' itu penting tetapi perlu dijinakkan ibarat kita mendidik anak kecil, adakalanya kita perlu melayannya dan ada juga kita perlu bertegas sampai hati kita bergetar apabila mendengar, melihat atau menyebut namaNya. Maka ingatlah!! Allah ada bagi "hadiah" bagi mereka yang betul2 patuh dan menginginkan hadiah tersebut. Dalam hadiah tu, ALL YOUR WISHES I GRANT.. Allahu~~


Okkkkk.. Dalam ramadhan ini, mudah-mudahan kita mendapat pengertian taqwa melalui amal ibadah sempena berbakinya bulan mulia ini.. Just to remind for YOU: "Dua doa yang diterima oleh Allah tanpa hijab. Iaitulah doa orang yang dizalimi dan doa seseorang untuk saudaranya tanpa diketahui saudaranya itu"

So, ape tunggu lagi?? EHEM2 :p

#FaStAbIqUl KhAiRaT#

Fill untill Full <3


Quiz: what is your wish if you'll be given a night that grant all yours? Mintalah yang baik2 dan bermanfaat ^.^ serta doakanlah saudara kita yang sedang bergelut dalam peperangan antara Haq dan Bathil. Moga yang Haq diberi kepada yang berhak dan yang bathil diatasi. Moga hati ini tsabat dalam ISLAM <3





Tuesday, 7 May 2013

GEAR 5: HaRgA SeBuaH SOrGa!!




SWEET :')

 Sampai sahaja di Hospital Ipoh, ramai ahli keluarga  sedang menanti kehadiran mereka. Ada yang sedang membaca Al-quran dan ada juga yang berzikir. Pada hari tersebut penuh dengan rasa sedih dan duka buat Saiful. Dia terpaksa membatalkan hasratanya untuk menyertai sukan pada esok hari walaupun dia ingin untuk bermain bersama rakannnya dalam pertandingan badminton secara berpasangan. Manakan tidak yang dilihat terlantar di atas katilnya itu adalah atuk kesayanganya yang sedang nazak. Lantas dia mendekatinya, merapati bibirnya pada telinga atuknya yang tidak sedarkan diri lalu membisikkan.

"LAA ILAHA ILLALLAH~~"

 Suaranya terketar, hatinya tak keruan.Tak cukup lagi, Saiful teruskan jua sambil mengusap ubun kepala atuknya. Dalam keadaan tak tertahan, penuh kepiluan cuba juga untuk berselindung perasaannya yang hiba itu.

"ALLAH~~"

 Diulangi sebutannya tanpa rasa jemu. Secara tak sedar berderai titisan mutiara di pipinya kerana tidak dapat dibendung betapa beratnya hati melihat orang yang dikasihinya terbaring dengan penuh wayar yang berselirat pada tangan dan badannya. Saiful tahu yang atuknya sudah lama menghidap penyakit strok. Boleh dikira hanya beberapa kali sahaja beliau pengsan sekejap sahaja tetapi tidak lama sebegini.

 Terngiang di kepala Saiful, sewaktu kecil dahulu seringkali dia dimarahi. Mana taknya semua kesalahan itu berpunca daripada dirinya juga, nakal sangat. Kadang-kadang atuknya kerap juga mengusik dia juga, sampai nak nangis pun ada. Hatinya ketawa..

Pilu..


Kerana jasa atuknya, 
Saiful mendapat tarbiyah yang berkesan daripada ayahnya sendiri.
Kerana istiqamahnya dalam beribadah, 
Saiful tertarik untuk mendalami kecantikan ISLAM itu sendiri.
Kerana didikannya, 
semua ahli keluarga berjaya melahirkan orang yang hebat.
Hanya kerana sebuah SYURGA,
 akhlaknya mampu menyentuh hati orang yang bergaul dengannya.

Azan Maghrib hampir berkumandang dan pihak hospital menyatakan bahwa waktu melawat sudah selesai tetapi tidak bagi Saiful, dia ingin berdamping dengan atuk. Dia ingin bersama atuk. Dia sayangkan atuk. Lidahnya terkumat-kamit membacakan surah yang telah dihafaz sambil melihat wajah atuk.

"Tuk, Epul redha dengan pemergian tuk. Betullah tuk, apabila syahidnya orang yang berjuang di jalan Allah ni maka bangkitlah 100 orang yang sama menyambung perjuangannya. Epul tengok ramai sepupu Epul yang berjaya menyandarkan kejayaan mereka untuk akhirat. Ramai huffaz, berproffesion pulak tu lebih-lebih lagi ada yang dapat masuk imam muda. Bangga Epul, hebatlah tuk"

Saiful bermonolog, seringkali dia membahaskan dirinya sebagai Epul di hadapan ahli keluarganya.

Uhuk2!!


"Ashhadu an Laa Ilaa Illallah"

Sedang azan bergema, Saiful melihat pada mesin kardiator yang dipasang menunjukkan kadar denyutan atuk turun mendadak. Hatinya sudah menduga apa yang berlaku namun dirinya cuba mengempang takungan lantas mengelap supaya orang lain tak nampak yang dia sedang menangis. Doktor bersama-sama pembantunya mengerumuni atuk lalu membuat tekanan pada dada atuk.

"SUDAH LE TU DOKTOR!! SAYA REDHA SUAMI SAYA TAKDE!! JANGAN TEKAN LAGI, SAKIT LA DIA!! BIARKAN DAH BERLALU!! YANG DAH MATI MANA BOLEH NAK DIHIDUPKAN SEMULA!!"

Opah cuba ditenangkan, tak sanggup melihat suaminya ditekan-tekan pada dada untuk mengepam jantung.

Saiful tahan. Mukanya ditekap. Cuba ditahan sebaknya setelah melihat neneknya yang teresak memarahi doktor tersebut... Hatinya dihiris, namun cuba digagahi perasaannya kerana dia tahu setiap yang bernyawa pasti akan mati... PASTI...

Maka atuk selamat kembali ke rahmatullah... dimandikan, dikapankan, disolatkan serta dikebumikan jenazahnya dengan selamat. Semua ahli keluarga mengambil alih pengurusan jenazahnya. Saiful juga melibatkan diri hatta membawa jenazah ke liang lahad sekalipun dia bersama sepupunya laksanakan. Di angkat dengan penuh kasih sayang, dengan hati yang sayu secara perlahan-lahan dimasukkan tanah sehingga selesai pengkebumian tersebut.

############################################################################

 Malam itu Saiful mengisi masa lapangnya dengan mentadabbur surah Yusuf seusai sahaja upacara tahlil atuk. Lalu diteliti setiap bacaan dan maknanya...

"Tik..tik...tik"

Hampir basah helaian yang dibacanya, cepat-cepat Saiful menyeka walaupun berkali-kali keluar air mata..

"Tak sangka OSEM nabi Yusuf ni... umur dalam lingkungan 8-12 tahun dah kena campak dalam perigi... dalam anggaran 25 tahun mengikut sebahagian ulama' dia tak bertemu dengan ayahnya Ya'kub... Digoda,difitnah,dipenjara selama baginda hidup hanya mengejar nilainya sebuah SYURGA"

Kagum hatinya akan ketabahan Nabi Yusuf setelah membaca kisah yang terbaik dalam surat cinta Allah.. Seingat Saiful,itulah surat yang sama diberikan oleh Rasulullah sempena tahun kedukaan baginda kehilangan isteri dan bapa saudaranya yang tercinta.. Dikatakan Rasulullah berasa tak berupaya sambil berdiri di tebing bukit... Betapa kosongnya jiwa Rasulullah pada waktu itu akan tetapi Allah mengingatkan bahawa ada lagi yang lebih derita daripada baginda....Lantaran itu, surah ini menjadi pembakar semangat untuk terus berdakwah kepada seluruh tanah arab ketika itu..

Fasobrun Jameel >.<


Saiful tersenyum... Senyum kerana Allah mengajar dirinya Hasil daripada ibrah kisah nabi Yusuf itu..

Nanges...

Terlintas di benak fikirannya akan ayat yang pernah dikupas ahli usrahnya dahulu:

"Maka sungguh, bersama kesulitan ada kemudahan. SUNGGUH, bersama kesulitan ada kemudahan"(Al-Insyirah,94:5-6)

Tersentak..

Saiful tersenyum... Senyum bahagia... 

******************************************************************************

Ya hanya kerana Syurga, seseorang itu diuji sehingga begitu sekali sehinggakan pada satu tahap di mana hanya Allah sahaja dia bergantung. Kerana hebatnya DnT(Dakwah dan Tarbiyah) itu membri kesan kepada generasi seterusnya sepertimana lahirnya Imam Ghazali hasil daripada didikan ayahnya sendiri... Bagaimana juga lahirnya Umar Abdul Aziz hasil daripada firasat Umar Al-Khattab serta tarbiyah beliau... Maka begitulah hasil tuaiannya, bukan sekadar di akhirat, bahkan di dunia Allah dah tunjukkan ganjaran mereka yang tidak pernah jemu berjuang di jalanNya. Benarlah firman Allah:

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang BERSABAR"

Wallahua'lam,

p/s: Setiap ciptaan itu ada nilainya juga harganya
       Berapa harga yang sanggup kita bayar untuk nilainya sebuah FIRDAUSI?
       Mohon doa antum untuk ana dan kita semua ye ^.^


#BaNgUnDeNgaNpEnuHGayA&SeNyUm✌#

 


Saturday, 2 March 2013

GEAR 4: kItA??


Just one person yang buat saya kagum..
Si lejen yang membuatkan aku sebak... 
Seorang tokoh yang mampu membuatkan diriku sentiasa bermuhasabah
Seorang buta yang membuatkan hatiku tertawan..
Seorang yang ZERO di mata tetapi HERO di hati!!

...................................................................................................................................................................

Nah, dialah Abdullah Ibnu Maktum..
Seorang yang pada mulanya tidak dikenali,
Yang ingin menyucikan diri,
Sedang masyarakat ketika itu lupa diri,
Tapi dia, sedar diri lantas mencari-cari petunjuk Illahi..

Allah memandang kesungguhan hambaNya..
Lantas syahadatul haq menjadi lafaz cinta antara dirinya dan Dia..
sungguh indah..
sungguh syahdu...
apabila IMAN bertamu di hati..
ISLAM teserlah pada diri..
IKHSAN pelengkap amalnya kerana Illahi...
Masalah buta?? Tidak tergugat sama sekali!!
kerana islam, dakwah secara terang-terangan di siang hari!!
ALLAH~~

meskipun Al-quran tidak dapat dilihat,
tetapi "melekat" dihati.
pada mulanya cuma seorang mua'zzin dikala subuh,
 melaungkan azan, mengajak ummah-HERO
Kita?? hmm buat tak endah-ZERO
dia syahid dalam keadaan panji di tangannya terpacak-HERO sekali lagi
Kita?? hanya tinggal impian yang sudah lama DILUPAKAN!!- ZERO lagi...huh(mengeluh berat)


baca Al-quran; Gentar tak Gentar!!??
  

Itulah Ibnu Ummi Maktu yang sedar akan kesilapan masyarakat arab musyrikin Mekah walaupun dia buta. Kita harus sedar,masalah umat memang tanggungjawab kita, maka kita kenalah bersiap sedia dalam mengahadapi mereka..Pernah suatu ketika hati saya di"bakar" di"ratah" oleh seseorang alien komander sehinggakan diri ni mula merasakan "aku ni takde hati ke?asal macam menghilang je? Isk isk isk"...ok cukup sampai part tu...ape katanya??(baca dengan penuh emosi, biar terkesan dan berparut hati tu...) katanya:

 " Wahai alien-alien(kod morse planet namekh).. antum lihat tak manusia di bumi sekarang ni? penjajahan kawasan kita masih jauh... kita kena bergerak laju akhi..." pujuk si komander...

"....."- (heartless), relaks je aku....

"antum tau tak, ade alien(ok ni dah dahsyat sangat) lain pada mulanya baca satu juz tablet(Al-quran,kasi dramatik sikit) sehari, tetapi apabila dia telah menjadi penjajah manusia di kawasannya, dia membaca dua juz akhi!! Dua juz dalam tablet tu!! Apabila ditanya mengapa sedemikian maka jawapannya sangat mudah "kerana berhadapan dengan manusialah ibadahku(sebagai pelindung) meningkat". Itu yang ditekankan" ringtone suaranya semakin meningkat tanpa lari pitching pun...

"...."(mengira dengan hati but still heartless), aku hanya mampu "listen(mendengar)"...

"Antum kenal Abdullah ibnu Maktumkan? Seorang yang buta tapi pengorbanannya cukup besar. Buta mata tapi Al-quran sentiasa dicari. Kita ni surat khabar berhelai-helai(amboi penjodoh bilangan..pedulikan) baca dengan berita yang banyak mengarut daripada benar, novel berjilid-jilid diselak tanpa berkelip, video yang berejam-jam tak lepas walaupun sesaat termasuk iklan-iklannya."(berdentum, tepat pancaran kamehameha ke hati) panas dan memanaskan..

"......"(ok, terasa hati ini diratah, secebis demi secebis)Panas!! tertunduk diam dan diam..Nak nanges pun ada, hanya mampu diam.. diam sediam-diamnya..I'm HOT!!Eh?

 Itulah antara tali pari yang melibas-libas sampai berbirat hatiku ini, pada mulanya terasa luka yang sangat dalam...bila dah lama kurang terasa tetapi bila sentuh parut luka tersebut...KREEEEKKK,  koyak besar beb...membuak-buak darahnya(pengsan).. Help me... I'm bleeding!!(Maaf, iklan sebentar)



Maka pelajarilah ilmu daripada Al-quran dan hadith sebagaimana sabda Rasulullah(Allahumma solli a'la Muhammad) dalam mafhumnya baginda berpesan:

"Aku tinggalkan dua perkara kepadamu. Jika kamu berpegang kepada kedua perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat. Al-quran dan Sunnahku"

Belajar serta mengajar... Itu kitaran Ilmu>.<


Ya, hidup sentiasa belajar. Ilmu wajib dituntut dan atas sebab itulah kita masih lagi digelar pelajar sampai akhir hayat.. Bak kata bijak pandai: "Quietly brilliant is doing great things in a humble way,with the belief that the best things in life can only be experienced, not explained". Senang citer, belajar dari pengalaman itu yang terbaik... Setiap hari, tadabbur satu muka Al-quran pun sudah memadai..~FASTABIQUL KHAIRAT~

Wallahua'lam

 p/s:Nak bisik ni...Dah tadabbur(memahami) tablet(al-quran)?? jom kita menge"tab" ^^, just slide to unlock..yes slide the page...hehehe..





Tuesday, 19 February 2013

GEAR 3: RaMuAn TarBiYah, JOM MASAK^^


 Baiklah hari ini, kita akan mula memasak ye... menu kita pada hari ini adalah "UKHUWWAH".. jadi jangan sekadar baca sahaja pak cik mak cik sekalian... take a note and try to do it in your life.. OK kita mulakan ye... BISMILLAH..

Ayuh persiapkan dirimu, pakai apron  bersama topinya ya^^


BAHAN-BAHAN:
1. Secebis rasa ikhlas kerana Allah(secebis pun cukup, lebih lagi bagus)
2. Seceduk ilmu yang bermanfaat.
3. Sekilo hati yang sarat dengan kasih sayang.
4. Sebuku Al-Quran sebagai makanan asas.
5. Sekujur badan manusia yang hidup!!(ketawa jahat)

 CARA-CARANYA(hehehe, ade bran nak masak manusia??)

1. Ikhlaskan hati biarpun sedikit kerana itu akan dikira di akhirat kelak, adilkan ALLAH?? hehehe

2. Panaskan badan manusia dalam kawah, kasi lembut dagingnya.(biar dia terbiasa dengan hubungan yang dibina ini)

3. Gunakan seceduk ilmu tadi untuk mengurangkan "keliatan" daging manusia(cuba semampu yang boleh berkongsi serta mengurangkan beban hidupnya sekadar yang termampu.)

4. Goreng hati yang sarat dengan kasih sayang tadi supaya kita dapat ekstrak kasih sayang itu sebagai "penaik" baunya yakni sayangi  mereka kerana itu merupakan senjata kuasa yang mampu mengubah dunia!! kerana kita boleh menyayangi tanpa memimpin tetapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi. So, because of Allah I love you^^(BERDENTUM!!). Trust me, you can feel the POWWER of LOVE..hehehe

5.  Final touch, hidangan dah siap jadi hiasinya dengan potongan ayat Al-Quran tadi agar kecantikan makanan itu teserlah.Maksudnya sentiasa merujuk kepada sebuku Al-Quran itu sebagai penyelesai masalah setiap masalah yang kita hadapi kerana majoriti daripada kitab itu lebih kepada cerita dan sirah dahulu. Memang menarik, tertarik dan terbaik... HaIbaT!!

Alat-alat istimewa saya^^ ...ANDA??

Jadi nak memasak ni ade langkah keselamatannye juga, kadang kala kita terkena minyak panas, api terlalu kuat menyebabkan "masakan"(tarbiyah) hangus, seperti guna sudip yang pendek sehinggakan melecur tangan ,biar terlalu lama sehinggakan hitam masakan tu tetapi yakinlah seorang tukang masak(pendakwah) yang terkenal dahulunya adalah seorang yang gagal. Mengapa? kerana dari kegagalan itulah dia perbaiki dan terus perbaiki skills yang ade serta menambah  baik ramuan yang sedia ada.

Maka yang paling penting dalam tarbiyah ini adalah menajamkan skills yang ade dengan solat. Firman-Nya dalam Al-Isra',(17:78-81)


"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah salat tahajjud  padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
                                    
"Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku","

"Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"."


Inilah rahsia kejayaan seorang chef(pendakwah) yang mahir... Hanya dengan SOLAT!! Ya, dengan skill(solat) yang ada ini, seorang yang gagal pasti dan PASTI berjaya sekiranya dia bersabar dan berterusan dalam melaksanakannya.
Bersungguhlah di dalam solat, kerana itu yang  terBAIK!!

Jangan difikirkan halangan dalam dakwah kerana itu yang melambatkan kita dalam medan dakwah ini. Apa lagi? pergi masak cepat-cepat... jangan berasap dapur sudah^^..


saya dah siap...hehehe, nak rasa??


Wallahua'lam

(Sniff Sniff)...  DO YOU SMELL WHAT THE ROCK IS COOKING?? EH??  Dah hangit dah tu oii!!



Tuesday, 29 January 2013

GEAR 2: DAI’E aMoEbA!!?? EUWW..

AMIBE


                                                
 Ya, da’ie amoeba… begitulah seorang da’ie disifatkan seperti amoeba yang kelihatan lembut serta bentuknya yang menjijikkan. Maka ingin sekali saya suka kongsikan serba sedikit tentang protozoa yang “menjijikkan” ini kepada semua…… maka bermulalah kisah….(shuuuu~~)

KETURUNAN AMOEBA(ok ingat salasilah benda ni…masuk kuiz ye, kuiz kehidupan>.<)
Asal usul amoeba ini diambil sempena nama Amibe(Greek God Proteus), nama tuhan yang mampu berubah bentuk mengikut keadaan. Disebabkan itu amoeba digelar “SHAPE SHIFTER”(pengubah bentuk) Interesting  bukan^^?? Secara terperinci lagi bendalah ini merupakan ciptaan tuhan yang nampak biasa-biasa sahaja, tetapi struktur badannya yang mempunyai pelbagai fungsi yang unik. Nak tahu lebih lanjut?? KLIK SINUN>>>MuCus

{ANTARA DA’IE, DAKWAH, TARBIYYAH DAN AMOEBA??}
 (APA YANG AKU DAPAT??...-__-‘) Baiklah rakan seperjuangan saya sekalian. Kalian harus sedar itulah(amoeba) mencerminkan realiti masyarakat Islam seperti kita yang bergelar DA’IE( CAPS LOCK HABISS) di mana agama Islam itu menjadi suatu agama yang asing dalam kehidupan saya,aku,kau,dia,mereka dan kita. Maka benarlah sebagaimana hadis Rasulullah(Allahumma solli ‘Ala Muhammad) dalam sabda baginda:
” Islam itu datang sebagai berdagang dan kembali dalam keadaan berdagang.”

Akan tetapi, seorang pendakwah perlu mengambil pengajaran daripada ciptaan Ilahi ini(amoeba). Walaupun lembut macam “jelly”, kita lihat bagaimana makhluk ini menghampiri sasarannya dengan “step by step”. Di sini kita dapat lihat apakah method yang sesuai kita lakukan sepertimana amoeba ini boleh buat:
1)Amoeba:
Mai Singgah^^
Mula-mula sekali, langkah meng “approach” pun bermula. Secara perlahan ia menghampiri selari dengan pergerakannya yang tidak terburu-buru untuk “NGAP” makanannye.

Da’ie:
Adalah perlu untuk kita menyesuaikan diri dengan persekitaran serta  kita bergantung pada langkah kita menghampiri mereka. Bermula dengan siapa kita berkawan, bagaimana keadaan di tempat kita berada tetapi jangan sesekali kita terpengaruh dengan kawan yang kurang “sweet” akhlaknya. Kawan boleh, ikut?? NONONO.

 2) Amoeba:
Bermulanya “enclosed”(mendekati). sasarannye dilitupi apabila betul-betul berhampiran. Bukan secara drastic macam makanan segere tetapi betertib(cewwaahh). Cuba tengok betul-betul gambar ataupun video bagaimana “benda” ini lakukan^^.
Da’ie:
Maka permulaan yang baik untuk “engulf” kawan atau rakan atau sahabat kita ini adalah dengan mengenali mereka, memahami mereka atau “LISTEN TO THEM”. Ya, mendengar segala kisah mereka kerana secara fitrahnya manusia ini ingin sekalai untuk didengari. So, LISTEN!! Hehehe.

3) Amoeba( huh penat type benda yang sama-_-‘…kuatkan HATI!!):
“Digest”(mencerna), itulah langkah seterusnya yang dilakukan. Biar tiada satu habuk pun yang tertinggal. Mencerna “makanannya” dengan enzyme yang wujud dalam badannya agar tidak terlepas segala nutrisi yang ada.
Da’ie:
Ha apa lagi, “digest” la sasaran anda!! Tetapi!! Gunakan enzyme yang ade dalam tubuh badan anda yang anda telah peroleh(tarbiyyah,ilmu,amal) barulah dapat basuh sesental yang boleh^^. Biarlah berhikmah kerana itu amat perlu.

4) Amoeba:
Yeay!! Last sekali, “secrete”(euww). Jangan geli sangat sebab apa yang dilepaskan hasil pencernaan tadi amat berguna kepada makhluk yang lain. Begitulah amoeba, sangat asing tetapi unik>.<.
Dai’e :
Sebagai seorang pendakwah pula, kita akan merasai hasil tuaian setelah memenuhi langkah-langkah di atas.Insyallah apa yang kita impikan dan kita laksanakan akan dirasai bersama-sama masyarakat seperti setitik nila yang mampu merosakkan susu sebelanga. Jangan jadi nila yang merosakkan susu tersebut tetapi jadilah gula yang mampu memaniskan susu itu.

Sebagai pesanan untuk kita renungi, Allah telah befirman:
Pantaskah aku mencari hakim selain Allah, padahal Dialah yang menurunkan kitab(Al-Qur’an) kepadamu secara terperinci? Orang-orang yang telah Kami berikan kitab mengetahui bahawa (Al-Qur’an) itu diturunkan oleh Tuhanmu dengan benar. Maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu”
(Al-An'am,6:114).

Kesimpulannya seorang da’ie jangan berasa ragu-ragu dengan apa yang disampaikan. Dan sebaik-baik penyelesaian adalah dengan merujuk kepada Al-Qur’an itu sendiri serta penyampaiannya pula perlu berhikmah(kebijaksanaan) kerana hikmah itu lebih tinggi daripada ketinggian ilmu(kalau ilmu tinggi tapi tidak digunakan secara berhikmah maka sia-sia ilmu yang dipelajari). Bahkan salah seorang daripada Khulafa’ Ar-Rasyideen saidina Umar Al-khattab sendiri sentiasa merujuk semula kepada kitab yang diturunkan dan tiada cacat cela padanya. Bukan baginda sahaja malah sahabat-sahabat yang lain juga menjadikan ayat Allah ini bukan sekadar rujukan tetapi sebagai pembidas hujah-hujah yang dileparkan oleh kaum musyrikin.
Dai’e=Amoeba….setuju^^?? Sama-sama tengok diri sendiri, lembut tak... ~FASTABIQUL KHAIRAT~
Wallahua’lam
KUIZ: DARE TO CHANGE??